Hush little baby don't you cry, everything gonna be alright

Tuesday, September 15, 2009

Masalah??..perkara normal dalam hidup manusia. Kalau masalah hanya melibatkan benda, mungkin ia tak akan memberikan masalah sekiranya masih boleh diselesaikan. Tetapi jika melibatkan manusia lain, ini baru betul masalah. Walaupun kadangkala masalah itu boleh diselesaikan, namun ia masih boleh kesan terhadap diri kita. Ada manusia yang mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi sukar nak lupakan masalah tersebut. Lebih2 lagi yang melibatkan emosi. Perasaan serba salah, serba tak kena, serba serbi semua pasti akan menghantui diri. Tetapi ini semua perasaan dan yang mengawal perasaan itu adalah manusia itu sendiri.

Bagaimana pula dengan orang yang terlibat pula?. Bagi aku penyelesaian yang terbaik ialah sama2 tolak ansur dan jangan ikutkan emosi sangat. Kalau diikutkan emosi, sampai bila2 masalah takkan selesai. sebaik2nya 'forgive and forget'. Kadang2 kita terpaksa korbankan sesuatu untuk menyelesaikan masalah. Jika pengorbanan bermaksud menyelesaikan masalah kita pada waktu itu, dan itu saja pilihan yang ada terpaksalah kita ambil.Walaupun pahit untuk ditelan. Perkara yang sudah berlaku tak boleh diubah lagi, sejarah tak boleh diubah tetapi masa depan boleh diubah. Semuanya boleh dijadikan pengalaman hidup untuk kita tempuh masa2 yang akan datang.

0 sumpahan:

Post a Comment