Showing posts with label ulasan. Show all posts
Showing posts with label ulasan. Show all posts

Jgn buat aku cemas boleh x?

Sunday, April 4, 2010
bendtner yg semakin menuju puncak

Mlm td pegi tgk match Arsenal v Wolves. dlm otak aku dah pikir arsenal nk lauk wolves bpe byk.dpt 5-0 pn ok gak la.byk2 pon watpe sb player arsenal ni ade masalah over confident. aku sampai game da start.rate2 player yg main mlm tu yg selalu panaskan bench. Walcott memg perform 1st half,tp eduardo byk waste.memg aku cemas gile tgk game tu.xkn nak seri lg kot..tgu punye tgu akhirnye super-sub bendtner score.tu pun da minit 93.memg btol ckp naz..hahaha..brader yg dok depan aku hentak meja terus berdiri jerit goooolllllll!!..sikit lagi meja makan tu nak melingkup..haha

Si laju dan golnye..

Thursday, April 1, 2010
terime kpd adik walcott kerana menunjukkan semangat yg tinggi

H1N1-adaptasi dari V for Vendetta?

Sunday, September 6, 2009


V for Vendetta menceritakan zaman sbelum dan selepas kejatuhan kerajaan british. Salah satu punca kejatuhan tersebut ialah virus membunuh yang menular dengan pantas dan membunuh rakyat-rakyat british. Sebenarnya virus tersebut ialah ciptaan syarikat yang bernama Norsefire yang diketuai Adam Sutler. Apabila semakin ramai yang menjadi korban virus tersebut, ketika ini la si jahanam Adam Sutler tu keluarkan penawar untuk virus tu dan menyelamatkan banyak nyawa. kirasi Adam ni jadi hero la. Lepas tu, dia menang pilihanraya dan jadi High chancellor kat british dan merupakan manusia paling berkuasa mase tu. V merupakan 'tikus makmal' ketika Norsefire cipta virus ni. Eksperimen tu membuatkan dia menjadi lebih hebat dan kuat. Sebab tak puas hati jadi tikus makmal, dia balas dendam dgn menjatuhkan kerjaan yang dicipta Norsefire ni. kire tikus makmal berubah jadi freedom fighter la. korang try la tgk movie ni.bes gak laa..

Apa yag aku cuba sampaikan bukan sinopsis cerita ni,tapi aku nak korang fikirkan apa yang sedang berlaku ketika manusia semakin resah dan gelisah dengan selesema babi ni. Cuba korang fikirkan virus ni datang dari mane??..dari benua amerika tu. dan sekarang sape yang paling sibuk sekali mencari penawar tu..AMERIKA la jawapannya..apa akan terjadi kepada negara-negara yang sedang dilanda virus ni jika amerika jumpa penawar tu?..mesti la negara2 ni berpaling ke amerika dan 'tunduk' menyokong amerika kerana dia ada penawar yang manusia cari tak jumpa2 sampai sekarang ni..ni cuba pandangan aku tapi cuba korang fikirkan..

"Only when you have no fear you are free" - V

PEKELILING

Tuesday, August 11, 2009
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 JLD 9 (29) 10 Ogos 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 29/2009

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Universiti telah bersetuju Cuti Pertengahan Semester bagi Semester Pertama Sesi 2009/2010 yang sepatutnya bermula pada 17 Ogos 2009 sehingga 23 Ogos 2009 mengikut kalendar Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah diawalkan bermula pada 12 Ogos 2009 (Hari Rabu) sehingga 23 Ogos 2009 (Hari Ahad). Ini bermakna Cuti Pertengahan Semester diawalkan 3 (tiga) hari daripada jadual asal dan kuliah akan digantikan selepas Cuti Pertengahan Semester ini.

2. Mempercepatkan Cuti Pertengahan Semester ini adalah sebagai langkah untuk membendung dan mengawal penularan virus selsema babi (HIN1) di Universiti ini.

Sekian untuk makluman dan perhatian semua staf dan mahasiswa/i. Terima kasih.


”DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,

SULAM BIN HAMID

Pendaftar

'''' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


mls aku nk ganti klas....

Gambar mikroskop virus H1N1!!!



UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA YANG KEHILANGAN ORANG TERSAYANG DISEBABKAN VIRUS INI. DAN YANG TELAH DIJANGKITI SAMA2 KITA DOAKAN AGAR MEREKA CEPAT SEMBUH. KEPADA YANG MASIH BEBAS DARI VIRUS INI, AMBIL LANGKAH BERJAGA2 DAN PATUHI SEGALA ARAHAN.

P/S: kepada pelajar uthm yang bakal pulang bercuti disebabkan virus ini, berhati2 ketika pulang ke rumah dan yang tak dapat tiket tu jgn menangis lak..

kalah ....lagi..

Monday, May 11, 2009
kepada semua penyokong arsenal, sekali lagi pasukan kita ditimpa bala. kekalahan 4-1 kepada chelsea membawa berita sedih kepada kita semua. arsenal bermain dengan baik jika hendak dibandingkan ketika menentang manchester united. walaupun berjaya melancarkan beberapa serangan yang menarik pada permulaan perlawanan, tetapi kekurangan penyudah menyebabkan tiada gol berjaya dijaringkan. permulaan babak kedua juga kelihatan seperti pemain arsenal telah kehilangan semangat. arsenal agak tumpul bila dihadapan gawang chelsea walaupun gerakan menarik telah dijana oleh pemain tengah arsenal seperti nasri dan fabregas. pertahanan arsenal pula kelihatan longgar. perangkap offside yang dirancang arsenal serba tidak menjadi dan hasilnya anelka dan malouda sering terlepas dan tidak berjaya dikejar oleh pertahanan tengah seperti silverstre yang ternyata memang lembap. mungkin kerana terlalu lama duduk di bangku simpanan. walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada chelsea dan penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan berbanding penyokong arsenal yang angkat kaki ketika perlawanan masih berbaki 20 minit. mudah-mudahan arsenal akan mengumpul trofi musim hadapan.