kalah ....lagi..

Monday, May 11, 2009
kepada semua penyokong arsenal, sekali lagi pasukan kita ditimpa bala. kekalahan 4-1 kepada chelsea membawa berita sedih kepada kita semua. arsenal bermain dengan baik jika hendak dibandingkan ketika menentang manchester united. walaupun berjaya melancarkan beberapa serangan yang menarik pada permulaan perlawanan, tetapi kekurangan penyudah menyebabkan tiada gol berjaya dijaringkan. permulaan babak kedua juga kelihatan seperti pemain arsenal telah kehilangan semangat. arsenal agak tumpul bila dihadapan gawang chelsea walaupun gerakan menarik telah dijana oleh pemain tengah arsenal seperti nasri dan fabregas. pertahanan arsenal pula kelihatan longgar. perangkap offside yang dirancang arsenal serba tidak menjadi dan hasilnya anelka dan malouda sering terlepas dan tidak berjaya dikejar oleh pertahanan tengah seperti silverstre yang ternyata memang lembap. mungkin kerana terlalu lama duduk di bangku simpanan. walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada chelsea dan penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan berbanding penyokong arsenal yang angkat kaki ketika perlawanan masih berbaki 20 minit. mudah-mudahan arsenal akan mengumpul trofi musim hadapan.

2 sumpahan:

  1. cecil visigoth said...:

    gua tak angkat kaki. gua angkat jari tengah.

Post a Comment