kisah wayar dan katil

Tuesday, May 19, 2009
Pda suatu malam yang hening. Tiga sekawan bernama basir,jibon dan bulan sedang melepak di dalam bilik. Bilik yang dilengkapi satu katil dua tingkat dan satu katil single. Kejadian kutuk-mengutuk dan bahan-membahan berlaku sperti biasa. Lalu, jibon yang sedang duduk di katil atas tidak berpuas hati setelah dikutuk bertalu-talu hasil gandingan basir dan bulan. dia kemudian mencabar untuk melakukan aksi gusti yang biasa kita lihat di WWE. Basir pula mencabar dengan berkata "kalau kau berani terjun la!". Lantas jibon yang tercabar terus terjun ke katil single yang diduduki oleh basir dan bulan tanpa memikirkan kesan dari aksi berani tersebut. Tiba-tiba kedengaran bunyi prakk!!. katil tersebut patah hasil dari aksi tersebut. Tiga sekawan tersebut gelak sakan memikirkan kejadian yang telah berlaku. Basir menyuruh jibon untuk menggantikan katil tersebut atau pergi ke Low Yat untuk ambil wayar printer dia yang disana(kebetulan basir baru membeli printer minggu sebelumnya.tapi tidak boleh digunakan kerana wayar plug tiada). Jibon bersetuju untuk mengambil wayar printer tersebut kerana pada hujung minggu dia akan ke Genting Highlands dan melalui Kuala Lumpur. Kita teruskan cerita selepas jibon pulang dari Genting.(jibon merahsiakan kisah di Genting atas dasar peribadi). Selepas turun dari kereta kabel jibon membeli tiket bas yang memaksa dia turun di gombak dan menaiki LRT ke KL sentral kerana tiket ke KL sentral sudah habis. Tiba di KL sentral dia berkejaran untuk menaiki monorel ke Low Yat. Sampai di Low Yat dia mencari kedai printer yang dimaksudkan basir. Setelah menunjukkan resit, cina di kedai tersebut berkata "aiyaaa..ini olang yang buat sale tak kelija la ini hari. wayar ni murah saja, u beli la kat tempat u. i tak boleh buat apa-apa maa.masa u beli u da sain semua barang ada dalam kotak". Jibon pulang dengan hampa. Dia kemudian melihat jam di tangan sudah pukul 8 malam dan berkata dalam hati " dah lambat ni, kang sampai lebih kul 12 malam dah tak boleh masuk hostel"...dia pun bergegas keluar dari Low Yat dan berlari-lari anak ke Puduraya melalui lorong-lorong yang gelap yang nyata berbahaya pada waktu malam. berpeluh-peluh jugak la..Setelah membeli tiket dan menaiki bas. Dia tertidur keletihan. Jibon tiba di Batu Pahat tepat jam 1130 malam. Tiba di hostel, jibon menceritakan apa yang terjadi di Low Yat. Basir tidak berpuas hati, lalu dibuka kotak printer tersebut dan mengeluarkan printer barunya. Diselongkar kotak itu untuk mencari wayar tersebut. Sambil basir membelek-belek printer tersebut dia berkata "wayar tu warna hitam la. wayar macam ni" sambil menunjukkan wayar yang dikeluarkan dari tempat kita selalu kita tunggu kertas keluar tu. Basir berkata lagi " eh..ni la wayarnya...".Jibon dan Basir saling berpandangan.suasana sunyi seketika...Kejadian selepas itu dirahsiakan dari pengetahuan umum...

1 sumpahan:

  1. pinkconverse said...:

    haha..ko la si jibon sengal tuh?
    hahahah

Post a Comment