apa cerita hujung minggu?

Monday, August 3, 2009
ehem2..testing2..hahaha. Kita mulakan bicara dengan hari Jumaat. Pukul 8 pagi sampai pukul 4 petang biase la,pergi kelas. takkan tu pun aku nak cerita..Petang tu aku pergi rumah wiwit dan pert. samapai je aku kat rumah dorg, masing2 tengah syok layan mimpi. kurang asam punye kwn2. gua datang lu sume tidur. aku gegar je la dorg semua. tp, aku ade tersilap langkah. rupa2nya wiwit tengah demam...sori wit, aku tak sengaja. halalkan rokok yang aku amik atas meja tu..hehehe

malam pulak, aku pergi kenduri kat rumah membe aku. kenyang gila perut aku. untung perut aku dapat tuan macam aku. walaupun aku kene framed dengan membe aku yang suke mengenakan orang. aku tak boleh lupe kejadian yang membuatkan muka aku tebal 8 inci. kalau nak toreh pun tak berdarah. tapi, aku let go je. mcm la aku tak pernah kenekan orang..hahaha..lepas tu, balik terus siap2 pergi main futsal dengan perut penuh dengan roti jala. amik kau!!!..main 3 jam. dah la ramai tak datang malam tu. memang muntah ikut telinga la malam tu.

Sabtu..siang aku tak buat ape2. melainkan tido dan kemas rumah sikit2. Petang pulak pergi tengok SETEM. kelakar gak la..kelakar macam tgk orang nak buang air besar tapi tak sempat samapai ke toilet..hahaha..malam pulak pergi tengok bola kat mamak. Arsenal menang!!..hahaha. Lagi2 favourite aku, Encik Arshavin yang mnjaringkan kedua2 gol tersebut. lepas tu balik rumah main internet la. takkan bayar bulan2 tak nak pakai kot..

Ahad...nak mudahkan cerita. bangun pagi, sarapan, mandi lepas tu buat assignment yang banyak...kot...petang aku ikutkan membe aku nak pergi makan Yong Tau Foo..mlm pulak tlong antarkan jiran aku pergi kampus. ada audition tarian. dorang takde transport. ingatkan nak alik rumah terus, tapi melencong sikit pergi pc fair jap. tengah lelong barang kot time aku sampai. tapi aku tak beli pape pun. Barang yang dorang lelong tu sume aku dah ade...pusing2 sikit..pastu balik sambung wat assignment...tido.....

0 sumpahan:

Post a Comment