Nasi

Wednesday, July 22, 2009
'Kalau awal-awal dulu kau ckp, mungkin keadaan tak macam sekarang' kata gadis tersebut. Lalu, aku membalas ' aku bkn tak nak cakap, cuma....'.

Tiba-tiba, kedengaran lagu rock kapak. Aku ingatkan soundtrack mimpi aku, rupanya lagu dari speaker desktop nizam. Baru gua nak layan mimpi jiwang2 tadi. Tak sempat aku nak habiskan ayat, speaker nizam dah kejut aku...ceh...

Aku mengorak langkah naik ke tingkat atas, tingkat terletaknya bilik aku yang tesergam indah. Wlaupun bilik aku kat atas, tapi aku suke tido kat bawah. Lagi bes sebab ade kipas siling yang besar kat atas kepala. Sambung balik, masuk je bilik aku terus hidupkan laptop yang berwarne silver tu. Pantas je tangan aku capai tetikus yang comel ade stiker aku tampal sem lepas. Lepas je laptop aku da ready, aku mengupdatekan diri dengan membaca thesun.co.uk. Sambil aku godam2 the sun tuh, terlihat wajah adebayor seraya dalam hati aku berkata ''bagus pun monyet hitam ni dah keluar dari arsenal,bukan bagus pun...''

Dah selesai aku updatekan otak aku ni, aku terus mencapai tuala aku yang bau dia agak menyenangkan hati. Sedang aku tengah sedap tonyoh2 gigi aku dengan berus, tiba2 kuar lagu madu tiga yang P. Ramlee nyanyi tuh. Peh...terasa seperti di alam 60'an..ape lagi, aku pon sing along la skali..Selesai je aku mandi, aku terus masuk bilik carik baju. Ikutkan nak mandi lama lagi. Tapi budak2 ni da bising2 nak mandi. Kacau daun betul...

Sebenarnye, tujuan asal aku tulis entri ni nak bagitahu aku baru belajar masak nasi tadi. Kalau orang tua2, dorang cakap tanak nasi. Tapi aku masih muda..Kejap lagi aku nak tengok apa yang bakal terjadi dengan beras cap rambutan yang aku basuh tadi dengan penuh kasih-sayang...

1 sumpahan:

  1. pinkconverse said...:

    ceh. cite je berjela.

Post a Comment