Kau Ada Dia

Wednesday, September 30, 2009

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Beraya dengan Sony - Raya ketiga

Tuesday, September 29, 2009

Raya ketiga - Pagi2 lagi bonda tercinta dah kejutkan aku ajak pergi rumah sedara2 aku yang kat melaka. Mengantuk bukan kepalang sebab tidur lepas subuh. lepas bersiap, mak aku suruh bawak kereta sendiri sebab takkan nak pergi naik satu kereta je nak naik ramai2. aku paksa sepupu aku drive walaupun dia bukan pemandu yang telah disahkan oleh JPJ. pergi beraye entah berape buah rumah aku sendiri pun dah lupe. tapi yang penting perut aku dah lapar gile asyik makan kuih raya je.

Rumah terakhir ialah rumah tok su. memang tiap2 tahun kalau family aku dtg dia akan masak sedap2.Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya aku bertemu dengan nasi yang aku idam2kan. aku orang pertama sampai kat meja dan aku org terakhir berundur dari meja. penuh perut aku macam isi minyak full tank siap melimpah keluar sekali. lepas tu balik rumah sebab ade saudara aku dari klang nak datang rumah.fuhh!!...lega..dalam perjalanan balik aku siap tertidur dalam kereta walapun perjalan hanya memakan masa 10 minit..

Beraya dengan Sony - Raya kedua

Sunday, September 27, 2009

Raya kedua - tidak banyak yang dilakukan selain menonton tv dan menghabiskan laksa serta lemang yang aku bakar semalam. Suku daripada 12 jam pertama pada hari tersebut dihabiskan di lebuhraya untuk perjalanan pulang ke Melaka. Malam pula pergi beraya rumah membe pastu lepak kat Mcd sampai pagi sambil cuba menghantar MMS yang sudah hampir sejam tak boleh nak sent. Selepas itu, pergi pungut membe sepupu kat kampung Portugis(sudah pasti bukan Alfonso D' alburque). Melepak kat Mcd sampai pagi sambil membincangkan perniagaan yang melibatkan jutaan rupiah serta hal ehwal semasa seperti kebodohan Kanye West kat VMA awards,bola sepak,H1N1,perangai Barack Obama,kehilanagn Osama Laden,kejatuhan Adolf Hitler. Aktiviti diselang selikan dengan sesi fotografi. Pukul 4 pagi balik tido..

I just can't let go


title : stolen
band : dashboard confessional

We watch the season pull up its own stakes
And catch the last weekend of the last week
Before the gold and the glimmer have been replaced,
Another sun soaked season fades away

You have stolen my heart

Invitation only, grant farewells
Crush the best one, of the best ones
Clear liquor and cloudy eyed, too early to say goodnight

You have stolen my heart

And from the ballroom floor we are in celebration
One good stretch before our hibernation
Our dreams assured and we all, will sleep well

You have stolen
You have stolen my heart

I watch you spin around in the highest heels
You are the best one, of the best ones
We all look like we feel

You have stolen my
You have stolen my heart

Beraya dengan Sony - Raya pertama



Raya pertama - seperti biase bagi umat muslim seantero dunia kita beramai2 mengerjakan sembahyang raye. Selepas itu ke kubur melawat insan2 yang telah pergi menhadap Illahi. kembali ke rumah dan menjamu selera. Nasi himpit yang aku anyam(ade org prcaye aku tipu ni) malam tadi sudah tersedia di atas meja bersama rendang ayam dan disertai rendang daging. Kuah kacang juga cuba menyibuk di atas meja. Lemang yang aku tgk kene bakar semalam (beli tepi jln) turut mengimarahkan meja bulat tersebut. Minuman yang berbagai warna menjadi penghias, jika disusun pasti boleh menjadi pelangi.

Selepas itu, rutin biasa hari raye. Salam bersalaman dan mengpaw orang2 yg sudah bekerja. Ternyata hasil kutipan tahun ini jauh merosot. Mungkin kesan kegawatan ekonomi global dan virus H1N1 serta kekalahan Manchester City kpd Manchester United mlm sebelumnya. Aktiviti diteruskan dengan melawat sanak saudara sehingga petang. pukul 3 ptg, bdn letih tak berdaya maka masa untuk melelapkan mata dan terlelap sehingga maghrib.ish3...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Thursday, September 17, 2009

Selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin!

Celtic dah beli Arshavin??

Arshavin dilihat memakai jersi Celtic. kontroversi di sebalik perpindahan?