Beraya dengan Sony - Raya pertama

Sunday, September 27, 2009


Raya pertama - seperti biase bagi umat muslim seantero dunia kita beramai2 mengerjakan sembahyang raye. Selepas itu ke kubur melawat insan2 yang telah pergi menhadap Illahi. kembali ke rumah dan menjamu selera. Nasi himpit yang aku anyam(ade org prcaye aku tipu ni) malam tadi sudah tersedia di atas meja bersama rendang ayam dan disertai rendang daging. Kuah kacang juga cuba menyibuk di atas meja. Lemang yang aku tgk kene bakar semalam (beli tepi jln) turut mengimarahkan meja bulat tersebut. Minuman yang berbagai warna menjadi penghias, jika disusun pasti boleh menjadi pelangi.

Selepas itu, rutin biasa hari raye. Salam bersalaman dan mengpaw orang2 yg sudah bekerja. Ternyata hasil kutipan tahun ini jauh merosot. Mungkin kesan kegawatan ekonomi global dan virus H1N1 serta kekalahan Manchester City kpd Manchester United mlm sebelumnya. Aktiviti diteruskan dengan melawat sanak saudara sehingga petang. pukul 3 ptg, bdn letih tak berdaya maka masa untuk melelapkan mata dan terlelap sehingga maghrib.ish3...

0 sumpahan:

Post a Comment