Beraya dengan Sony - Raya kedua

Sunday, September 27, 2009

Raya kedua - tidak banyak yang dilakukan selain menonton tv dan menghabiskan laksa serta lemang yang aku bakar semalam. Suku daripada 12 jam pertama pada hari tersebut dihabiskan di lebuhraya untuk perjalanan pulang ke Melaka. Malam pula pergi beraya rumah membe pastu lepak kat Mcd sampai pagi sambil cuba menghantar MMS yang sudah hampir sejam tak boleh nak sent. Selepas itu, pergi pungut membe sepupu kat kampung Portugis(sudah pasti bukan Alfonso D' alburque). Melepak kat Mcd sampai pagi sambil membincangkan perniagaan yang melibatkan jutaan rupiah serta hal ehwal semasa seperti kebodohan Kanye West kat VMA awards,bola sepak,H1N1,perangai Barack Obama,kehilanagn Osama Laden,kejatuhan Adolf Hitler. Aktiviti diselang selikan dengan sesi fotografi. Pukul 4 pagi balik tido..

0 sumpahan:

Post a Comment