PEKELILING

Tuesday, August 11, 2009
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 JLD 9 (29) 10 Ogos 2009

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 29/2009

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Universiti telah bersetuju Cuti Pertengahan Semester bagi Semester Pertama Sesi 2009/2010 yang sepatutnya bermula pada 17 Ogos 2009 sehingga 23 Ogos 2009 mengikut kalendar Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah diawalkan bermula pada 12 Ogos 2009 (Hari Rabu) sehingga 23 Ogos 2009 (Hari Ahad). Ini bermakna Cuti Pertengahan Semester diawalkan 3 (tiga) hari daripada jadual asal dan kuliah akan digantikan selepas Cuti Pertengahan Semester ini.

2. Mempercepatkan Cuti Pertengahan Semester ini adalah sebagai langkah untuk membendung dan mengawal penularan virus selsema babi (HIN1) di Universiti ini.

Sekian untuk makluman dan perhatian semua staf dan mahasiswa/i. Terima kasih.


”DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,

SULAM BIN HAMID

Pendaftar

'''' 7100

s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


mls aku nk ganti klas....

Gambar mikroskop virus H1N1!!!



UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA YANG KEHILANGAN ORANG TERSAYANG DISEBABKAN VIRUS INI. DAN YANG TELAH DIJANGKITI SAMA2 KITA DOAKAN AGAR MEREKA CEPAT SEMBUH. KEPADA YANG MASIH BEBAS DARI VIRUS INI, AMBIL LANGKAH BERJAGA2 DAN PATUHI SEGALA ARAHAN.

P/S: kepada pelajar uthm yang bakal pulang bercuti disebabkan virus ini, berhati2 ketika pulang ke rumah dan yang tak dapat tiket tu jgn menangis lak..

Cerita tentang LETIH

Saturday, August 8, 2009

Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang agak memenatkan bagi aku. bermula dengan malam jumaat, aku pergi main futsal sampai lebam. Walaupun malam tu ramai jugak yang datang, tapi aku tak tahu kenape penat sangat. Kaki macam tak mampu nak berlari lagi. Mungkin aku main semangat gile kot..hahaha..Lepas main futsal, macam biase lepak kat mamak. Minum2 sikit sampai mabuk(ni bkn cerita betul). Kalau dah lepak kat mamak, memang macam Persidangan ASEAN la. Dari pukul 1.30 pagi jejak sampai pukul 3 pagi pun tak habis berborak. Itu pun ada yang nak tarik diri sebab mulut da penat nak bercakap. Semua gara2 Dragon Ball..hahaha. dah balik tu,mandi pastu lebih kurang pukul 4 baru tidur..zzzzz...

Tepat pukul 9 pagi, baru aku sedar sebab ada orang call. Pergh!!..tidur sampai tak sedar dah siang. Wewet call ajak pergi tgk X-games. Baru aku sedar yang aku krew X-games tuh..Mandi pastu siap2,wewet dtg pastu trus gerak pergi kampus. Tunggu punya tunggu pukul 12 tgah hari baru mula. Semua sekali settle lebih kurang pukul 5 petang. Dengan cuaca yang panas terik. Memang exhausted la masa tu. Tekak rase macam kat padang pasir. Kepala pun rasa pening semacam je. Tapi takpe la, kepenatan demi pengalaman....hehehe

kau ingat aku suka kau??!

Tuesday, August 4, 2009

Kadangkala, kta selalu komplen pasal sikap orang lain. Tapi sedar tak sedar, kita pun lebih kurang je. Macam orang tua2 ckp, rambut sama hitam tapi hati lain2. Sebernanya itu la lumrah kita diciptakan. Kalau semua sama je bermaksud takde life la. Hidup mesti ada asam garam tersendiri. Baru la real kan??..Klau kita asyik komplen pasal orang lain, sampai bila2 pun takkan habis.

Cuba la kita fikirkan, kita sendiri pun ada sikap yang sedar atau tak bkn orang suka pun. Tapi kenapa kita nak komplen pasal orang lain???..semua manusia tak sempurna. jadi, terima la diri sendiri dan orang di sekeliling kita dengan seadanya...

apa cerita hujung minggu?

Monday, August 3, 2009
ehem2..testing2..hahaha. Kita mulakan bicara dengan hari Jumaat. Pukul 8 pagi sampai pukul 4 petang biase la,pergi kelas. takkan tu pun aku nak cerita..Petang tu aku pergi rumah wiwit dan pert. samapai je aku kat rumah dorg, masing2 tengah syok layan mimpi. kurang asam punye kwn2. gua datang lu sume tidur. aku gegar je la dorg semua. tp, aku ade tersilap langkah. rupa2nya wiwit tengah demam...sori wit, aku tak sengaja. halalkan rokok yang aku amik atas meja tu..hehehe

malam pulak, aku pergi kenduri kat rumah membe aku. kenyang gila perut aku. untung perut aku dapat tuan macam aku. walaupun aku kene framed dengan membe aku yang suke mengenakan orang. aku tak boleh lupe kejadian yang membuatkan muka aku tebal 8 inci. kalau nak toreh pun tak berdarah. tapi, aku let go je. mcm la aku tak pernah kenekan orang..hahaha..lepas tu, balik terus siap2 pergi main futsal dengan perut penuh dengan roti jala. amik kau!!!..main 3 jam. dah la ramai tak datang malam tu. memang muntah ikut telinga la malam tu.

Sabtu..siang aku tak buat ape2. melainkan tido dan kemas rumah sikit2. Petang pulak pergi tengok SETEM. kelakar gak la..kelakar macam tgk orang nak buang air besar tapi tak sempat samapai ke toilet..hahaha..malam pulak pergi tengok bola kat mamak. Arsenal menang!!..hahaha. Lagi2 favourite aku, Encik Arshavin yang mnjaringkan kedua2 gol tersebut. lepas tu balik rumah main internet la. takkan bayar bulan2 tak nak pakai kot..

Ahad...nak mudahkan cerita. bangun pagi, sarapan, mandi lepas tu buat assignment yang banyak...kot...petang aku ikutkan membe aku nak pergi makan Yong Tau Foo..mlm pulak tlong antarkan jiran aku pergi kampus. ada audition tarian. dorang takde transport. ingatkan nak alik rumah terus, tapi melencong sikit pergi pc fair jap. tengah lelong barang kot time aku sampai. tapi aku tak beli pape pun. Barang yang dorang lelong tu sume aku dah ade...pusing2 sikit..pastu balik sambung wat assignment...tido.....